Khamis, 3 Januari 2008


Buat peminat pembaca novel, tentu sekali Novel Ayat-Ayat Cinta karangan penulis muda dari Indonesia sudah khatam dibaca. Berita terkini novel tersebut akan muncul sebagai sebuah filem tidak lama lagi. Justeru diatas disediakan sebuah video untuk tontonan semua. mungkin sudah ada yang bertanyakapan filem ditayangkan di Malaysia? jawapanya entah lah…

Apa maknanya sebuah rasa

Menjadi sebuah bangsa

Yang dicerca bangsa pemalas?

 

Sebuah citra bangsa

Malu dalam rasa

Pabila Abdullah Munsyi

Yang khayal dengan Raffles si penjajah

Menjengah rasa muak

Sikap Melayu si Pemalas

 

Datang kemudian negarawan bangsa

Mengungkap rasa yang sama serupa

Tanpa menyembunyi

Dengan akal kata Melayu Pemalas

 

Aku cari makna

Apakah benar begitu bangsaku?

Ku jamah dengan rasa bangga

Karya-karya besar “Melayu Pemalas”

Al Marbawi, Al Fathani, Al Kelantani

Kemudian menelusuri pula karya  Pemikir bangsa

Syed Syeikh, Tahir Jalaluddin, Za’ba

 

Paling akhir ku temui

Mitos Peribumi Malas

Al-Atas menggarap kebenaran

Meyanggah teori mitos bangsa penjajah

 

Bukankah bangsaku unggul

Sejarah membuktikannya

Wajah-wajah cemerlang Melaka

Gagasan membina citra negara-bangsa

50 tahun Merdeka

Bangsaku masih malaskah?

 

Dewan  Budaya USM, 30 Julai 2007

Sajak ini kukarang selepas menghadiri Seminar Syed Hussein Alatas Revisited: Mitos Peribumi Malas