Sepanjang sebulan yang lalu, aku dihujani dengan pelbagai pekara yang menyerabutkan kepala. kadang kala “temperature” aku naik begitu cepat dan tentu ada mangsa-mangsa yang terpaksa menerima habuan untuk itu.

Terus terang aku tidak punya pengalaman panjang dalam menghadapi pilihanraya, tambahan Pilihanraya Kecil yang menjadi tumpuan seluruh Malaysia. Apatah lagi menjadi Pengurus Calon yang benar-benar mencabar keupayaan aku. Alhamdulillah tempoh sebulan sebelum pilihanraya aku sempat belajar terus dari mereka yang berpengalaman.

Seminggu sebelum pilihanraya aku diminta untuk “bekerja” terus di bawah YB Saifuddin Nasution selaku Pengarah Pilihanraya. Berteduh sementara di bawah ketinggian ilmu YB Saifuddin amat mengujakan. Sebahagian besar dari pengalaman “berlatih” dengan beliau membuatkan aku benar-benar terasa matang.

48 jam terakhir dalam pilihanraya merupakan tempoh paling menyesakan nafas. Daalm masa inilah keupayaan jentera benar-benar akan teruji. Sebahagian besar jentera akan mula merasa “kepanasan” di tambah dengan tekanan dari setiap penjuru. Mujurlah “team Calon” yang ada memahami saat genting itu.

12 jam terakhir pula membawa aku kepada resah yang amat. Masakan tidak? laporan “turnout” yang aku terima begitu mengejutkan. Dalam hati tentu sekali pihak lawan tidak membenarkan ahlinya mengundi. Ada di kalangan teman-teman media mengusik aku dengan mengatakan senyum aku senyum kelat. Masakan tidak? Sudah pukul 12 tengahari peratusan mengundi begitu mengecewakan. Sehingga jam 5.15 petang peratus menunjukan 46.15 %, satu angka yang terendah dalam sejarah pilihanraya Malaysia.

Berita Gembira

Berita gembira mula aku terima ketika sedang menikmati hidangan petang di depan bangunan UMNO Permatang Pauh. Teman media dari utusan menghubungi aku dengan menyatakan calon PKR sedang mendahului dengan 3000 undi. Keputusan seterusnya aku terima dari saluran JDM dan keputusan keseluruhannya aku terima dari teman media The Star.

Kemenangan ini begitu bermakna, segala penat lelah sebulan berhempus pulas membuatkan aku begitu terasa kenikmatannya. Sebahagian kegembiraan aku disebabkan melihat wajah-wajah cerai sahabat yang turut bertungkus lumus bersama mengendalikan Team Calon…Penghargaan khusus perlu diberikan kepada teman media yang juga tidak tidur malam dalam berdepan dengan tugasan mereka..

Ku Sujud Syukur Pada-Mu!

Pilihanraya umpama satu peperangan, lazimnya dalam peperangan tidak ada seorang pun tentera akan dibunuh oleh General-nya. Tetapi General akan membunuh tentera selepas menang dalam peperangan tersebut.

PERDANA MENTERI:
Datuk Seri Najib Tun Razak
   
TIMBALAN PERDANA MENTERI:
Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)
   
Timbalan-timbalan Menteri:
   
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T Murugiah
   
MENTERI KEWANGAN:
Datuk Seri Najib Tun Razak
   
MENTERI KEWANGAN II:
DATUK AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH
   
Timbalan:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin
   
MENTERI PELAJARAN:
Tan Sri Muhyiddin Yassin
   
Timbalan:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi
   
MENTERI PENGANGKUTAN:
Datuk Ong Tee Keat
   
Timbalan:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew
   
MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Tan Sri Bernard Dompok
   
Timbalan:
1. Datuk Hamzah Zainudin
   
MENTERI DALAM NEGERI:
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
   
Timbalan:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat
   
MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim
   
Timbalan:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie
   
MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Datuk Peter Chin Fah Kui
   
Timbalan:
Noriah Kasnon
   
MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Datuk Seri Shafie Apdal
   
Timbalan:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun
   
MENTERI PENGAJIAN TINGGI:
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
   
Timbalan:
1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Datuk Mustapa Mohamed
   
Timbalan:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan
   
MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Datuk Dr Maximus Ongkili
   
Timbalan:
 Fadillah Yusof

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Datuk Douglas Uggah Embas
   
Timbalan:
Tan Sri Joseph Kurup
   
MENTERI PELANCONGAN:
Datuk Ng Yen Yen
   
Timbalan: Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib
   
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Datuk Noh Omar
   
Timbalan:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim
   
MENTERI PERTAHANAN:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
   
Timbalan:
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
   
MENTERI KERJA RAYA:
Datuk Shaziman Abu Mansor
   
Timbalan:
Datuk Yong Khoon Seng
   
MENTERI KESIHATAN:
Datuk Liow Tiong Lai
   
Timbalan:
Datuk Rosnah Rashid Shirlin
   
MENTERI BELIA DAN SUKAN:
Datuk Ahmad Shabery Cheek
   
Timbalan:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng
   
MENTERI SUMBER MANUSIA:
Datuk Dr S.Subramaniam
   
Timbalan:
Datuk Maznah Mazlan
   
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Datuk Ismail Sabri Yaakob
   
Timbalan:
Datuk Tan Lian Hoe
   
MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Datuk Kong Cho Ha
   
Timbalan:
Datuk Lajim Ukin
   
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Datuk Seri Sharizat Jalil
   
Timbalan:
Datin Paduka Chew Mei Fun
   
MENTERI LUAR:
Datuk Anifah Aman
   
Timbalan:
1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong
   
MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
   
Timbalan:
Datuk M.Saravanan

buah-busuk1

 

Buah yang busuk lazimnya tidak disimpan..siapa yang menyimpan buah yang busuk lazimnya orang yang pelik? Jadi tidak pelik kan kalau kita jatuhkan buah yang busuk dari pokok?? Nak buat macam mana simpan pun tak berguna….
Hemmm
P/S: kang ada pulak yang salah tafsir, biasa la…

sikap-kamiBukan senang nak membaca dalam kalut-kalut yang menyesakkan. Namun ada kesempatan aku gagahi juga nak membuka lembaran buku.

Sikap Kami merupakan sebuah buku kumpulan pidato politik yang diucapkan oleh pemimpin seperti ustaz Rahmat Abdullah, Anis Matta, Hidayat nurwahid dan ramai lagi wakil dari PK (parti Keadilan ketika itu yang kini dikenali sebagai Partai Keadilan Sejahtera)

Terlalu banyak yang boleh dipelajari dari kumpulan pidato politik yang membicarakan masa depan Indonesia yang baru. Setelah Indonesia disenarai sebagai negara gagal, mood rakyat indonesia ketika itu semakin suram, namun PKS membawakan satu harapan baru dengan satu slogan HARAPAN MASIH ADA!

Perjuangan adalah melaksanakan apa yang difikir dan dikatakan..bukan hanya perancangan dan berdengar-degar cakapnya, tapi haram satu pun tak jadi…

 

Ulasan situasi politik di Perak

Negara ini memerlukan lebih ramai negarawan dan bukannya ahli politik sepanjangan hidup. Negarawan akan memikirkan persoalan bangsanya melebihi persoalan kekuasaan politik semata-mata. Politician think for next election,statesman think for next generation.

Demikianlah harapan sekelian rakyat agar negara ini ditabdir oleh mereka yang tidak berkepentingan. Kepentingan tertinggi pemimpin itu hanyalah rakyatnya dan bukan temboloq serta perut yang semakin membuncit. Negara ini sudah letih dengan harapan yang hanya tinggal harapan, negara ini tidak memerlukan lagi harapan tetapi memerlukan satu Realiti Baru.

Apakah jawapan kepada semua masalah ini?

Jawapanya adalah dengan lahirnya satu generasi baru yang mapan dan bertanggungjawab. Generasi yang sedar bahawa negara ini perlu diselamatkan dari “kanser” rasuah, wabak penyelewengan wang rakyat, kerakusan pemimpin yang memikirkan perutnya sahaja. Generasi yang sedar bahawa kemiskinan masih melata di bandar dan luar bandar, generasi yang sedar betapa ramai adik-adik mereka gagal disekolahkan, gagal mendapat pendidikan yang sempurna, betapa ramai pula adik-adik mereka di luar sana yang tertinggal jauh dalam pendidikan. Generasi Baru perlu sedar akan hal ini.

Negara ini sudah cukup ramai ahli politik, kita perlu katakan CUKUP! Negara ini memerlukan lebih ramai NEGARAWAN!

ml_coverBanyak yang ingin dibincangkan dengan perkataan Generasi Y. Pertama : maksud Generasi Y itu sendiri. Kedua: adakah Generasi Y itu akan bertentangan sama sekali dengan Generasi X? Ketiga: Siapakah yang dimaksudkan dengan Generasi Y itu sendiri?

Persoalan ini memerlukan jawapan yang tidak kalah panjangan juga. Justeru ruang yang terlampau sempit ini sukar sekali untuk dicernakan bagi tujuan tersebut. Namun suara-suara untuk memperkatakan tentang Gen Y sudah mula kedengaran. Mungkin perkataan Gen Y masih baru di kalangan rakyat Malaysia, justeru pendokong dakwah tidak perlu berlepas tangan untuk mendefinasikan makna Gen Y dengan panduan al-Quran dan Sunnah mengikut manhaj Salafus Soleh.

Ruang telah tersedia….cuma tunggu untuk di isi sahaja!

Politik! Mungkin ramai yang akan mencebik bibir mendengar istilah ini. Politik seolah-olah penuh dengan penipuan, tikam menikam, dengan kata lain politik adalah lambang kekotoran yang membusukkan!

 

Saya tidak pandai memberi pandangan politik kerana saya bukan orang politik. Saya juga kurang mengerti hal ehwal sepak terajang politik. Namun timbul juga pertanyaan -perlukah kita begitu perjudis dengan politik sedemikian rupa? Kenapa perlu orang dakwah bersikap apologetic dengan politik? Ironinya sebahagian pihak yang cukup kental membenci politik akhirnya bersikap lebih kurang ahli politik juga…atau lebih buruk dari itu!

 

Hakikat yang pahit tapi perlu ditelan oleh sekelian rakyat Malaysia adalah politik Malaysia belum cukup matang. Kematangan politik belum pun tumbuh tunasnya lagi! Justeru bagaimana orang dakwah akan menanggapi perjuangan politik yang sesukar ini? Menjadi satu kenyataan di hadapan mata setiap insan yang waras, apabila gerakan dakwah terjun bergelumang dalam politik, mereka meraih kemenangan dan kemudian mereka akan dinafikan kemenangan dengan cara yang juga kotor. Sebahagian besarnya dengan rampasan kuasa tentera atas alasan keselamatan. Demikianlah orang dakwah dirai kemenangan dalam pilihanraya!

 

Berbalik pada tajuk, apa yang boleh diharap dengan politik? Tidak adakah walau secebis pengharapan agar politik kita semakin mulia dan diwarnai dengan warna KEBERSIHAN politik? Saya yakin ramai yang begitu mengharap agar politik ini dibersihkan dari sampah kebuasan.

 dscn0703

Saya yakin dan percaya sungguh-sungguh bahawa setiap insan yang bergelar daie tidak boleh terlepas dari melihat politik sebagai satu wasilah untuk mencapai tujuan yang tertinggi agar Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya. Apalah yang boleh kita lakukan bila melihat ‘rumput kemiskinan” yang semakin menjalar dalam masyarakat Islam khususnya? Setelah berdoa habis-habisan apakah kita akan mampu berbuat sesuatu sedangkan kita sendiri tidak punya apa-apa melainkan sekadar harapan sahaja. Bagaimana kita ingin melihat anak bangsa kita yang di pendalaman berjaya disekolahkan sedangkan jeritan kita tidak kedengaran melainkan kita turun bergelumang untuk membela mereka! Tiada cara lain melainkan kita harus juga menanggapi politik dengan rasional. Tidak melihat sebagai lubuk kekotoran semata-mata tetapi kitalah yang turun ke bawah membersihkannya dengan akhlak yang kita punya!

 

MALAYSIA BARU YANG BERSIH BUKAN HANYA MIMPI!

 

Sanggupkah anda melihat saudara anda kesaorangan?

Kesibukan tugas di pejabat membawa hingga ke rumah menyebabkan blog ini tidak di update dalam jangka masa yang agak panjang.

wu_030Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada seorang tokoh yang sangat besar jasanya iaitu Ustaz Dr. Wan Salim bin Wan Mohd Noor atas pengiktirafan khusus beliau sebagai Tokoh Ma’al Hijrah 1430 H peringkat negeri Pulau Pinang. Sememangnya beliau layak menerima pengiktirafan sedemikian atas jasa dan sumbangan beliau yang tidak terkira.

Sebagai seorang pendakwah beliau sentiasa menunjukan ciri-ciri yang sederhana, kalau bicara beliau sentiasa memuji orang lain tanpa merendah-rendahkan orang lain sekalipun beliau bukan calang-calang insan. Sikap inilah yang seharusnya dicontohi oleh semua yang mengaku sebagai pendakwah. Apalah ertinya Ph.D, M.A bergudang-gudang tapi jauh dari akhlak seorang muslim. 

Saya sempat membantu beliau mengangkat barang ke kereta beliau selepas selesai majlis ma’al hijrah. Ketika itu beliau menceritakan kepada saya bahawa beliau amat sedih ketika bangun subuh pagi tersebut kerana mengenangkan ramai lagi tokoh lain yang sewajarnya mendapat anugerah itu.

Saya sentiasa mendokan semoga Allah memberikan kekuatan kepada al fadhil Ustaz untuk terus berbakti kepad agama ini. amin.

Aku akan ke dunia baru..yang aku sendiri tidak pernah mengimpikannya, jauh sekali bercita-cita, namun putaran roda kehidupan kadang kala memusingkan kita ke tempat yang tidak pernah kita mimpikan.

Kepada sahabat-sahabatku, aku masih seperti dahulu! Anak kampung dari ulu!

komtar6

Setinggi harapan rakyat!

« Laman SebelumnyaLaman Berikutnya »